Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Framework MyGDI Bil.1/2016 telah diadakan  pada 08 November 2016 di Bilik Mesyuarat Sri Meranti, Aras 4, Podium 1, JKPTG, Wisma Sumber Asli, Putrajaya dan dipengerusikan oleh Dato’ Hasan Bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur, Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM).

 

Mesyuarat yang berlansung selama satu hari ini bertujuan membincangkan dan melihat isu-isu semasa mengenai dasar pembangunan data fundamental dan membentangkan laporan aktiviti-aktiviti framework agensi yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2016 di bawah program MyGDI serta perancangan yang akan dijalankan pada tahun hadapan.

 

Sebanyak 50 orang daripada 40 agensi kerajaan termasuk daripada persekutuan dan negeri telah hadir pada mesyuarat dan ini menunjukkan satu petanda  yang positif. Pengerusi juga melahirkan rasa syukur di atas komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh agensi dalam menjayakan pembangunan GDC menerusi perkongsian data dan maklumat geospatial di kalangan semua agensi yang terbabit di bawah program MyGDI dan seterusnya dapat mencapai visi dan matlamat dengan menjadi platform dalam menyediakan sumber data geospatial asas yang berkualiti dan berintegriti melalui satu titik capaian (single access point).

Antara agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

 

1. Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun 2016 dan Perancangan Aktiviti Framework MyGDI bagi Tahun 2017 oleh MaCGDI

2. Pembentangan mengikut kategori;

  • a)  Kategori Geology oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)
  • b)  Kategori Special Use, Built Environment, Hypsography dan General oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
  • c)  Kategori Demarcation oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
  • d)  Kategori Utility oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
  • e)  Kategori Transportation oleh Kementerian Kerja Raya (KKR)
  • f)  Kategori Hydrography oleh Pusat Hidrografi Nasional (PHN)

3. Pembentangan laporan daripada agensi Negeri.