Sempena majlis penyampaian Anugerah Pinnacle GeoInnovation Malaysia 2025 anjuran Esri Malaysia yang berlangsung, Dr. Azira binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Aplikasi GIS, PGN selaku ketua pasukan projek telah dijemput untuk membentangkan kejayaan projek ini. PGN telah mempertandingkan projek bertajuk Platform MyGOS: Driving National Integration for Geospatial Innovation Towards Sustainable Development in Malaysia. Platform MyGOS yang menghimpunkan sebanyak 29 aplikasi kolaborasi bersama-sama agensi di peringkat persekutuan dan negeri telah memberikan impak positif dalam penyampaian perkhidmatan awam, mengurangkan kerenah birokrasi serta memenuhi 17 matlamat Sustainable Development Goals (SDG) di bawah United Nations (UN). Selain itu, peranan PGN terus diperkukuh sebagai peneraju Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) dalam menyokong agenda transformasi digital negara melalui pembangunan ekosistem geospatial yang berkualiti dan mudah dicapai menggunakan Platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS). Sebanyak 10 agensi kerajaan dan swasta telah dipilih sebagai pemenang GeoInnovation Malaysia 2025. Semoga dengan kejayaan dan usaha murni kolaborasi PGN melalui Platform MyGOS dapat terus melonjakkan perkhidmatan geospatial dalam kalangan agensi kerajaan ke tahap yang lebih cemerlang serta mengharumkan nama NRES ke peringkat tertinggi.