Skip to main content

PGN Bermunajat dan Berdoa Siri 2 Tahun 2024

PGN Bermunajat dan Berdoa Siri 2 Tahun 2024

PGN Bermunajat dan Berdoa Siri 2 Tahun 2024 telah diadakan pada 20 Mei 2024 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Permata, Pusat Geospatial Negara (PGN). Program ini adalah di bawah kelolaan Biro Agama dan Pendidikan, Kelab PGN bersempena bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan Encik Afendi bin Saari yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Para pegawai dan kakitangan PGN telah bersama-sama menjayakan program yang diawali bacaan Surah Yassin, tahlil dan doa selamat. Semoga program sebegini dapat meningkatkan hubungan rohani dengan Pencipta, mengeratkan tali ukhwah dan memupuk semangat kerjasama yang lebih jitu kepada warga PGN.