Skip to main content

Program “International Carnival on Community Awareness, Entreprenuership and Geomatic 2025 (ICAEG 2025)"

24-25 Mei 2025(Sabtu-Ahad) | 6.00 pagi hingga 12.00 malam | Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Sungai Petani

Program ICAEG 2025 ini dianjurkan oleh UiTM-Communicare bersama dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT). Program ini telah diadakan di Murthada Dakwah Centre (MADAD), Sungai Petani dan dirasmikan oleh YBrs. Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili bin Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Communiti dan Alumni), Universiti Teknologi Mara (UiTM). Program ICAEG ini diadakan adalah untuk menarik dan memperkenalkan masyarakat dan para pelajar berkenaan dengan bidang geomatik, meningkatkan kemahiran praktikal dan keusahawan serta menyemai nilai-nilai murni dalam kehidupan. Pusat Geospatial Negara (PGN) telah dijemput untuk menjadi rakan strategik bagi penganjuran program ini.

PGN telah menghantar beberapa pegawai daripada Cawangan Pembangunan Polisi, Standard dan Outreach (Sr Nor Illianna Ayuni binti Shamsudin, Sr Mohammad Zulhimi bin Che Abdullah dan Muhamad Fadil bin Awang), Cawangan Pembangunan Geodata dan Penyelidikan (Alyaa Afiqah binti Rasul) dan Cawangan Aplikasi Geospatial (Sarina binti Mat Yusof) ke program ini. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat dan pelajar-pelajar di sekitar Sungai Petani dan negeri Kedah sendiri. Di akhir program, satu majlis sumbangan bantuan makanan telah diadakan untuk meraikan golongan yang kurang berkemampuan yang menetap di sekitar Sungai Petani. Program ICAEG 2025 telah berakhir pada 25 Mei 2025 dan Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Abdul Hapes bin Mohammed selaku penganjur Program ICAEG 2025.