Skip to main content
Please wait...

Pada 18 Februari 2020, MaCGDI telah menganjurkan satu sesi taklimat kepada Setiausaha Bahagian dan para pegawai kanan KATS bagi mengukuh dan meningkatkan lagi pengetahuan mengenai produk dan perkhidmatan geospatial di bawah Program MyGDI. Taklimat ini juga merupakan salah satu usaha pelaksanaan libat urus bersama pengurusan tertinggi serta mewujudkan kolaboratif strategik antara Bahagian di bawah KATS.

 

Sesi taklimat ini melibatkan pembentangan mengenai Program MyGDI, produk/aplikasi utama serta perkhidmatan geospatial yang ditawarkan oleh MaCGDI kepada agensi Kerajaan. MaCGDI turut berkongsi kejayaan kolaboratif strategik yang telah dicapai bersama Agensi Kerajaan dalam pembangunan aplikasi geospatial. Sesi taklimat ini juga telah memberi penekanan kepada pihak pengurusan KATS bahawa MaCGDI selaku peneraju perkongsian perkhidmatan dan maklumat geospatial dalam kalangan agensi Kerajaan.

 

Oleh itu, MaCGDI ingin mendapatkan maklum balas dan mempertingkatkan kesedaran pihak pengurusan KATS terhadap nilai maklumat geospatial dan teknologi yang berkaitan meliputi pembangunan kepakaran, modal insan serta penyelidikan dalam bidang geospatial. Sesi taklimat ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Badurunhisam bin Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Kanan KATS.

 

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Setiausaha Bahagian dan pegawai kanan yang hadir. Diharapkan bahagian-bahagian lain di bawah KATS sentiasa menyokong Program MyGDI dan mengguna pakai geospatial bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Kementerian kepada rakyat