Images
6 dan 7 Oktober 2015, UPSI, Perak. MaCGDI diberi peluang untuk turut serta di dalam pameran Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali Ke-5 (2015) bagi mempromosikan Program MyGDI bagi memperkasakan lagi visi dan misi MaCGDI dalam menggalakkan perkongsian maklumat geospatial di antara agensi kerajaan. MaCGDI berpeluang untuk mempromosikan aplikasi-aplikasi yang telah dibangunkan kepada pengunjung pameran antaranya 1Malaysia Map, MyGDI Explorer, MyGeoname, MyGOS dan MyGeoportal.