Definisi Standard dari segi bahasa adalah sesuatu yang dijadikan rujukan atau piawaian. Tujuan penggunaan Standard dalam penyediaan maklumat geospatial adalah untuk memudahkan proses perkongsian maklumat geospatial supaya menjadi lebih efisien. Penggunaan standard yang sama akan dapat menggabungkan maklumat geospatial dari pelbagai sumber dan menghasilkan maklumat yang lebih komprehensif bagi kegunaan perancangan serta pembangunan negara, analisis bencana, keselamatan negara serta dapat membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Dalam menjalankan aktiviti Standard ini, PGN sentiasa bekerjasama dengan semua jawatankuasa standard yang diiktiraf di Malaysia. PGN mengguna pakai dokumentasi yang diterbitkan oleh ISO/TC211 yang merupakan jawatankuasa teknikal di peringkat antarabangsa sebagai rujukan dalam mewujudkan dokumen standard maklumat geospatial di negara ini.
Aktiviti-aktiviti standard dalam bidang maklumat geospatial yang dijalankan oleh PGN adalah tertumpu kepada perkara-perkara berikut: