Pameran Sempena Jerayawara (Outreach) Rakan Strategik – Hari GIS 2025 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah diadakan pada 15 Julai 2025 bertempat di Dewan Seri Melati, Presint 3, Perbadanan Putrajaya.
Pihak PGN sebagai Rakan Strategik dijemput untuk menyertai pameran dalam program ini. Program ini telah telah dirasmikan oleh Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Melalui program ini, PGN telah dijemput sebagai peserta dan pempamer. Pembentangan sesi perkongsian bertajuk Ketersediaan Data Fundamental GDC kategori geologi di PGN telah disampaikan oleh Sr Juzaila binti Abd Satar, Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Geodata dan Penyelidikan (CPGP). PGN turut diwakili oleh Puan Ruhani binti Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Cawangan Infrastruktur ICT (CIICT), , Puan Hafirah binti Jamaludin, Timbalan Pengarah, Cawangan Aplikasi Geospatial (CAG), Sr Muhd Yusri bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah (Sekayen Geodata 1, CPGP) LSr Fairuzam bin Rani, Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Geodata 2, CPGP) dan Sr Rosmartini binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Polisi dan Outreach (SPO), CPPSO).
Urus setia pameran bagi PGN telah diwakili oleh Sr Mohammad Zulhimi bin Che Abdullah, Penolong Pengarah (SPO), Sr Nurul Ain binti Abdul Wahid Penolong Pengarah (Geodata 1) dan Encik Muhamad Fadil bin Awang, Penolong Juruukur(SPO).
Program yang dianjurkan ini dilihat telah mencapai objektif yang disasarkan. Peserta-peserta yang menyertai program telah mengambil peluang untuk mengunjungi reruari-reruai pameran yang disediakan bagi mendapatkan informasi berkenaan dengan teknologi dan perkembangan berkenaan dengan GIS.
Pihak PGN ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia atas jemputan sebagai rakan strategik dan kejayaan menganjurkan program ini.