Skip to main content

Pusat Geospatial Negara (PGN) akan menerima lawatan teknikal daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam masa terdekat. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan menyeluruh mengenai peranan PGN dalam ekosistem geospatial negara serta meneroka ruang kolaborasi strategik bagi pembangunan aplikasi GIS melalui platform MyGOS. Kerjasama ini diharapkan dapat memperkasakan perkongsian data maklumat geospatial antara kedua-dua agensi demi kesejahteraan negara.

Lawatan ini dijangka akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 03 Februari 2026 (Selasa)
Masa:9.30 pagi 
Tempat:Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Menara PETRA
Pengerusi:Ts. Rusliza Hanim binti Maarif, Pengarah PGN