Skip to main content

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Penyelidikan dan pembangunan di PGN merangkumi pelaksanaan dan penyelarasan aktiviti kerjasama penyelidikan serta kolaborasi antara agensi kerajaan, institut penyelidikan dan institut pengajian dalam bidang geospatial. Seterusnya, hasil kajian boleh dikongsi dan dapat menyumbang kepada peningkatan penggunaan maklumat geospatial yang lebih berkesan.

Penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang geospatial dilaksanakan secara dalaman atau kolaborasi dengan agensi kerajaan, swasta, institut penyelidikan dan pusat pengajian tinggi.

Salah satu aktiviti kerjasama yang dilaksanakan adalah melalui urus setia Jawatankuasa Kecil Kumpulan Kerja Tema Urban And Rural Govenance (WG2) yang dipengerusi oleh Pengarah PGN. Jawatankuasa WG2 ini ditubuhkan di bawah jawatankuasa induk iaitu Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan Geoinformasi/ Geomatik Kebangsaan (JTPGGK) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JUPEM.

Perincian berkenaan Jawatankuasa Kecil Kumpulan Kerja Tema Urban and Rural Governance (WG2)

Sub tema WG2

Penilaian Risiko Pelbagai Bahaya

 

  • Alam Sekitar
  • Geo-Bencana

Pentadbiran dan Pengurusan Tanah Secara Lestari

  • Pengurusan Ruang Bawah Tanah
  • Profil Kampung

Sosial Ekonomi

 

  • Impak sumbangan Bantuan Rakyat
  • Kawasan Panas Jenayah

Keahlian WG2

  1. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
  2. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  3. Universiti Malaya (UM)
  4. Universiti Sains Malaysia (USM)
  5. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  7. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (PLANMalaysia)
  8. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
  9. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  10. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
  11. Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
  12. Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)
  13. Perbadanan Putrajaya (PPj)
  14. Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Selangor