Skip to main content

Data fundamental merupakan data asas yang telah dikenal pasti berdasarkan keperluan oleh pengguna bagi tujuan perkongsian dan pelepasan data geospatial di bawah Program MyGDI. (Sumber: Dokumen Prosedur SOP 2024)

Maklumat geospatial yang merangkumi objek atau butiran semula jadi atau binaan ruang udara, muka bumi, bawah tanah dan maritim yang merujuk kepada sistem rujukan geografi tertentu. (Sumber: TOR Agensi Tunjak 2022) 

Sistem maklumat yang mengendali maklumat mengenai fenomena yang berkaitan dengan lokasi relatif kepada bumi. (Sumber: Dokumen Prosedur SOP 2024)

Agensi dalam kalangan pembekal data geospatial yang bertanggungjawab mengurus data geospatial. (Sumber TOR Agensi Tunjak 2022)

Agensi yang dipilih sebagai ketua dari kalangan custodian data untuk bertanggungjawab menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan dengan data di bawah jagaan custodian berkenaan. (Sumber TOR Agensi Tunjak 2022)

 

Nota:

  • G2G: Perkongsian Agensi Kerajaan dengan Agensi Kerajaan
  • G2B: Perkongsian Agensi Kerajaan dengan Agensi Swasta
  • G2C: Perkongsian Agensi Kerajaan dengan Orang Awam
  • G2E: Perkongsian Agensi Kerajaan dengan Universiti Awam
  • APD: Agensi Pembekal Data yang merupakan pembekal atau pemilik data tersebut

 

/sites/default/files/inline-images/Prosedur%20Permohonan%20Data.png

Kategori Pemohon