Skip to main content
Please wait...

Info Korporat

Info Korporat

Pusat Geospatial Negara

Pusat Geospatial Negara (PGN) telah ditubuhkan pada 1 Disember 2002 bagi menggantikan Sistem Infrastruktur Kebangsaan bagi Maklumat Tanah/ National Infrastructure for Land Information System (NaLIS). PGN bertanggung jawab dalam mengurus pembangunan dan pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara MyGDI sebagai Infrastruktur Data Geospatial Kebangsaan (NSDI) serta menyelaras perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan, swasta dan awam.

Visi

Peneraju perkongsian perkhidmatan dan maklumat geospatial secara mampan untuk kesejahteraan negara

Misi

Memperkasakan perkongsian perkhidmatan dan maklumat geospatial dengan penggunaan sumber yang cekap dan optimum berteraskan dasar dan undang-undang

Sejarah

  • 1987

    Pembangunan Sistem Maklumat Tanah

    Pada 23 September 1987, Jemaah Menteri melalui Kertas Bil. 500/1597/87 telah memutuskan untuk membangunkan Sistem Maklumat Tanah di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK).

  • 1994/1995

    Kajian Pembangunan National Infrastructure for Land Information System (NaLIS)

    Pada tahun 1994/1995, KTPK telah menerajui pembangunan National Infrastructure for Land Information System (NaLIS). Syarikat Renong Berhad telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kajian bagi  pembangunan NaLIS.

  • 1997

    Penubuhan Sekretariat NaLIS

    Pada 2 Januari 1997, melalui Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1/1997 (PKPA 1/1997), Sekretariat NaLIS ditubuhkan dan telah dilancarkan secara rasmi oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara pada 22 September 1997. Pekeliling tersebut menggariskan objektif penubuhan NaLIS, prinsip serta peranan dan tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam pengurusan NaLIS.

  • 2002

    Penubuhan Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI)

    Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) telah ditubuhkan pada 1 Disember 2002 bagi menggantikan Sekretariat NaLIS sejajar dengan peningkatan cabaran serta peranan dan tanggung jawab dalam pembangunan infrastruktur data geospatial merangkumi koordinasi penggunaan data geospatial merentas agensi kerajaan.

  • 2003, 2004 & 2018

    MaCGDI sebagai Bahagian

    Pada 1 Disember 2003, MaCGDI ditarafkan sebagai sebuah bahagian di bawah KTPK.

    2004: Penjenamaan Nama Kementerian kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)

    Pada 27 Mac 2004, nama kementerian telah berubah daripada KTPK kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

    2018: Penjenamaan Nama Kementerian kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATs)

    Pada 2 Ogos 2018, sekali lagi NRE dijenamakan semula kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).

     

  • 2020 & 2022

    Penjenamaan Nama Kementerian dan MaCGDI

    Pada 10 Mac 2020, KATS dijenamakan kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). 

    Manakala MaCGDI dijenamakan kepada Pusat Geospatial Negara (PGN) selari dengan perubahan nama kementerian.

    2022: Penjenamaan Nama Kementerian kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)

    Pada 2 Disember 2022, KeTSA dijenamakan kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)

     

Fungsi

Menjadi agensi utama menyelaraskan pembangunan standard geospatial melalui perundingan antara Kerajaan Persekutuan, Negeri, akademia dan swasta

Menjadi pusat sehenti perkongsian maklumat geospatial, melalui penyelarasan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Negeri, akademia dan swasta

Membangunkan platform perkhidmatan web, bagi perkongsian maklumat geospatial untuk penggunaannya oleh Kerajaan Persekutuan, Negeri, akademia dan swasta

Merancang dan melaksana program pembangunan sumber manusia dalam bidang Sistem Maklumat Geografi (GIS)

Mengurus dan menjalankan pelbagai aktiviti untuk mempromosi Program MyGDI ke seluruh negara dan menggalakkan penggunaannya

Mewakili kepentingan agensi-agensi kerajaan dalam forum dan mesyuarat berkaitan maklumat geospatial di peringkat antarabangsa

Menjadi pusat rujukan teknikal bagi khidmat nasihat dan pakar runding berkaitan pembangunan aplikasi, penggunaan maklumat geospatial serta penyelidikan dan pembangunan

Objektif

Menyediakan perkongsian perkhidmatan dan maklumat Geospatial yang efisien melalui:

Mekanisme tindakan bersepadu merangkumi tadbir urus, penggubalan dasar, perundangan dan pengukuhan kolaboratif strategik melibatkan pihak berkepentingan di semua peringkat bagi menyokong Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI)

Penyelarasan bagi mengelakkan pertindihan maklumat geospatial melalui kolaboratif strategik agensi tunjak dan custodian bagi tujuan perancangan dan pembangunan negara

Pelaburan berkaitan geospatial dengan penghasilan produk dan perkhidmatan bagi penjanaan ekonomi yang mampan

Pemerkasaan kepakaran, teknologi dan perkhidmatan perundingan dalam research, development, innovation and commercialisation (RDIC) bidang geospatial

Piagam Pelanggan

Menyediakan polisi atau garis panduan perkongsian data geospatial untuk digunakan sebagai rujukan agensi pembekal data, pengguna dan pengamal GIS

Memastikan perkhidmatan data geospatial yang berkualiti boleh dipercayai (reliable), memenuhi kehendak pelanggan serta dikemas kini setiap tahun mengikut Garis Panduan Semakan Kualiti Data

Menjalin kerjasama dengan Technical Committee 2 (TC2) SIRIM untuk menyediakan dokumen standard data geospatial bagi perkongsian data dalam tempoh satu tahun apabila wujud keperluan

Menyediakan perkhidmatan capaian aplikasi dan carian maklumat geospatial setiap 24 jam x 7 hari dengan system uptime tidak kurang dari 99%

Menganjurkan program outreach untuk mempromosi teknologi geoinformasi terkini kepada kumpulan sasaran sekurang-kurangnya 3 kali setahun

Menganjurkan program pembangunan modal insan berkaitan geoinformasi sekurang-kurangnya 1 kali sebulan

Mengambil tindakan segera terhadap sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan dan produk geoinformasi dalam tempoh 3 hari

Carta Organisasi