Skip to main content
Please wait...

MyGeotranslator

MyGeotranslator

Aplikasi MyGeoTranslator adalah singkatan kepada Malaysia Geospatial Translator bagi membolehkan pengguna melakukan pemprosesan data geospatial secara dalam talian seperti penukaran format data, transformasi sistem koordinat, penukaran struktur data mengikut struktur MS1759 - Geographic Information/ Geomatics - Features and Attribute Codes dan sebagainya.

 

Mengenai MyGeotranslator

Aplikasi MyGeoTranslator adalah satu inisiatif daripada pihak PGN bagi membantu dan memudahkan agensi pembekal data mengguna pakai standard data geospatial yang telah dibangunkan oleh MaCGDI melalui Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) bersama dengan Jabatan Standard Malaysia (DSM) dan Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) bagi memudahkan perkongsian data menerusi program MyGDI.

Pembangunan aplikasi ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk memperkasakan lagi perkhidmatan digital yang bersepadu dan berpacukan data melalui perkongsian dan penggunaan maklumat serta teknologi geospatial secara optimum selaras dengan Plan Strategik ICT (ISP) 2019 – 2020.

 

Faedah

Membantu dan memudahkan agensi pembekal data mengguna pakai standard data/ maklumat geospatial yang terkini

Membantu agensi bagi memudahkan dan mempercepatkan pemprosesan data spatial dari segi penukaran format data, sistem koordinat, pematuhan MS1759, penggunaan simbol yang standard dan lain-lain lagi

Memastikan data-data geospatial yang dikongsi oleh Agensi Pembekal Data (APD) sentiasa tersedia, terkini dan dikemaskini mengikut standard yang ditetapkan

Menjimatkan perbelanjaan kerajaan dengan penggunaan aplikasi MyGeoTranslator dapat membantu dan memudahkan agensi mengguna pakai standard data geospatial yang terkini bagi perkongsian data di antara agensi-agensi kerajaan sama ada secara fizikal data ataupun web services

Menyokong infrastruktur data geospatial yang mampan bagi tujuan pengurusan bencana, perancangan pembangunan, promosi pelancongan, penguatkuasaan undang-undang dan lain-lain

 

Ciri-ciri

Muat naik Fail - sub modul ini membolehkan pengguna untuk upload data ke dalam aplikasi untuk diproses

Semakan Data - sub modul ini membolehkan aplikasi menyemak data pengguna bagi memastikan data tersebut memenuhi spesifikasi data yang telah ditetapkan bagi setiap sub modul setelah pengguna selesai upload data

Format Data - sub modul ini membolehkan pengguna untuk menukarkan satu format data kepada satu format data yang lain

Transformasi Koordinat - sub modul ini membolehkan pengguna untuk membuat penukaran pelbagai sistem koordinat, transformasi datum dan unjuran

Unique Parcel Identifier - sub modul ini membolehkan aplikasi memadankan (matching) atribut yang berkaitan untuk menghasilkan struktur Kod UPI FT dan Kod UPI QT yang baru ke dalam struktur attribut yang sedia ada

MS1759 - sub modul ini membolehkan pengguna melakukan proses transformasi struktur data spatial yang tidak mengikut struktur MS1759 kepada struktur MS1759

Malaysia Metadata Standard (MMS) - sub modul ini membolehkan pengguna membuat pengisian metadata bagi data yang terdapat di agensi pengguna

Simbol Standard - sub modul ini membolehkan pengguna memuat turun senarai simbol dan warna standard yang telah diselaraskan bersama agensi

Paparan Data Spatial - modul ini membolehkan pengguna overlay data yang telah diproses ke dalam pelbagai pilihan basemap

Muat turun Manual