Skip to main content

Soalan Lazim

Tidak.  Aplikasi UPI hanya memaparkan struktur kod dan nama sempadan pentadbiran tanah seperti Negeri, Daerah/Jajahan/Bahagian/Daerah Kecil/Jajahan Kecil, Mukim/Bandar/Pekan/Land/Town District/Desa dan Seksyen/Presint/Block/Section/Kampung/Pulau. Maklumat berkenaan nombor lot tidak dipaparkan di dalam aplikasi in

Setiap artikel yang diterima akan ditapis terlebih dahulu oleh jawatankuasa yang dilantik oleh Sidang Pengarang. Hanya artikel yang terpilih dan diluluskan oleh Sidang Pengarang sahaja yang akan dimasukkan pada terbitan BGSA semasa.

Ya. Imej ejaan jawi yang terdapat di dalam aplikasi MyGeoName telah disemak dan disahkan oleh Munsyi Dewan (Jawi) iaitu individu yang telah ditauliahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menjalankan kerja-kerja transliterasi ejaan jawi. Audio sebutan nama geografi dalam Bahasa Melayu Rasmi dan Dialek Tempatan pula telah disahkan oleh pakar linguistik yang telah dilantik oleh PGN dan dipersetujui oleh DBP.

PGN telah mendapat pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 sejak tahun 2014.

Permohonan data asas geospatial hanya terpakai untuk Agensi Kerajaan (G2G), Pelajar Universiti Awam dalam Negara (G2E) dan Agensi Pembekal Data (APD) sahaja. Selain daripada kategori tersebut, pemohon boleh merujuk kepada APD yang berkaitan.

Ya, pelajar bagi universiti awam di dalam negara boleh memohon data asas geospatial yang dikongsi melalui program MyGDI secara pengecualian bayaran dan permohonan perlu terlebih dahulu dikemukakan melalui Dekan Universiti masing-masing. Namun, perkongsian dan pelepasan maklumat geospatial di peringkat akademia juga adalah bergantung kepada persetujuan di pihak APD yang terlibat.

Tidak. Aplikasi UPI terbuka untuk paparan umum.

Tidak, penyediaan dan penerbitan metadata tidak akan mengganggu gugat keselamatan data agensi. Penyediaan metadata hanya melibatkan keterangan kepada data/produk/perkhidmatan di agensi dalam bentuk tekstual.

Ya, penyediaan dan penerbitan metadata ini adalah satu kaedah mempromosikan ketersediaan maklumat geospatial di agensi. Metadata yang lengkap, dapat membantu pengguna untuk mengenalpasti produk/ perkhidmatan agensi dengan terperinci dan tepat.

Ya. Pengguna boleh melayari Aplikasi UPI melalui pautan: https://mygos.mygeoportal.gov.my/upi/ .  Pengguna boleh memuat turun senarai kod dan nama sempadan pentadbiran tanah dalam format pdf dan excel melalui fungsi muat turun yang terdapat di dalam aplikasi tersebut. Perkongsian data dalam format spatial pula boleh diperolehi melalui permohonan secara rasmi kepada PGN. 

Agensi Tunjak adalah agensi yang diperakukan sebagai ketua dalam kalangan custodian mengikut kategori data dan bertanggungjawab bagi menyelaras aktiviti berkaitan data.

Custodian adalah agensi yang bertindak sebagai pemegang amanah (trustee) bagi pihak Kerajaan dan bukan pemilik mutlak data yang terdapat dalam pangkalan data masing-masing.

Maklumat yang mengenal pasti, menggambarkan, atau menerangkan kedudukan geografi, sempadan atau ciri-ciri penduduk serta semula jadi atau fitur yang dibina di atas permukaan dan bawah permukaan bumi.

The website encountered an unexpected error. Try again later.