Peneraju perkongsian perkhidmatan dan maklumat geospatial secara mampan untuk kelestarian negara
Memacu perkongsian perkhidmatan dan maklumat geospatial melalui penyediaan infrastruktur dan infostruktur yang efektif dan efisien berteraskan dasar dan undang-undang
Menguruskan permohonan dan pelepasan data geospatial dalam tempoh 10 hari bekerja
Memastikan pembangunan aplikasi GIS bersama agensi kolaborasi disempurnakan dalam tempoh 6 bulan selepas dokumen permulaan projek (DPP) dimuktamadkan
Memastikan ketersediaan perkhidmatan geospatial tidak kurang dari 97%
Menganjurkan aktiviti outreach untuk mempromosi program MyGDI kepada komuniti geospatial sekurang-kurangnya 1 kali setahun
Memberi maklum balas aduan atau pertanyaan yang diterima melalui medium MyGeoportal dalam tempoh 3 hari bekerja
Melaksanakan mesyuarat khidmat runding dalam tempoh 30 hari bekerja selepas permohonan diterima