Skip to main content
Please wait...

Infrastruktur ICT GIS

Infrastruktur ICT GIS

PGN telah menyediakan satu infrastruktur cloud yang menempatkan semua aplikasi di bawah Program MyGDI. Perkhidmatan Cloud MyGDI yang ditawarkan terbahagi kepada dua jenis iaitu


Software as a Service (SaaS)

Kemudahan yang membenarkan pengguna untuk mencapai, mengurus dan mengendalikan sistem aplikasi yang telah disediakan oleh PGN sebagai pembekal cloud. Pengguna perkhidmatan ini tidak perlu mengeluarkan kos ke atas teknologi atau kepakaran serta tidak perlu membuat instalasi aplikasi ke atas server atau komputer atau peranti lain. Salah satu aplikasi yang menyediakan perkhidmatan ini adalah aplikasi MyGOS.


Platform as a Service (PaaS)

Persekitaran atau platform aplikasi yang diperlukan untuk membangun dan menggunakan aplikasi tanpa memperoleh sebarang perkakasan atau menyelenggara perisian. PGN telah menyediakan perkhidmatan cloud database untuk penyimpanan maklumat geospatial melalui platform Microsoft SQL Enterprise yang mana kemudahan ini telah dimanfaatkan oleh Pusat Hidrografi Nasional dan Jabatan Mineral dan Geosains

Perkhidmatan pusat data PGN yang telah dipersijilkan dengan ISO/IEC 27001 Information Security Management System (ISMS) turut dilindungi dengan backup harian, mingguan, bulanan dan tahunan serta dilengkapi dengan Disaster Recovery Center (DRC) yang akan diaktifkan sekiranya berlaku sebarang bencana.

Pengguna juga boleh membuat capaian ke atas semua perkhidmatan dalam talian yang disediakan dengan jaminan ketersediaan (SLA) sebanyak 97% sama ada menggunakan peranti mudah alih atau komputer.