Skip to main content

Info MyGDI

Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) merupakan inisiatif kerajaan untuk membangunkan infrastruktur data geospatial bagi meningkatkan kesedaran mengenai ketersediaan data dan meningkatkan akses kepada maklumat geospatial. Ini boleh dicapai melalui strategi perkongsian data geospatial secara pintar di kalangan agensi pembekal data yang terlibat. MyGDI, sebagai Infrastruktur Data Spatial Kebangsaan (NSDI) untuk Malaysia, merupakan infrastruktur data geospatial yang merangkumi dasar, polisi, standard, penyelidikan dan pembangunan teknologi serta kepakaran modal insan.

①
Untuk menyediakan mekanisme/ infrastruktur bagi memudahkan penggunaan dan perkongsian data geospatial dalam kalangan agensi pembekal dan pengguna
②
Untuk mewakili kepentingan agensi-agensi di peringkat nasional dan antarabangsa berkaitan pengendalian data geospatial
③
Untuk menggalakkan penggunaan data geospatial yang lebih meluas di peringkat negeri dan nasional
④
Untuk merangsang dan mempertingkatkan kesedaran terhadap nilai data geospatial dan teknologi yang berkaitan
⑤
Untuk bekerjasama ke arah pembangunan data geospatial negara yang kukuh
①
Capaian kepada data geospatial dapat dilaksanakan secara dalam talian (on-line) bagi tujuan perancangan pembangunan dan penguatkuasaan undang-undang
②
Pertindihan usaha pengutipan dan pengeluaran data geospatial dapat dielakkan
③
Penyeragaman penggunaan polisi serta standard berkaitan data geospatial
④
Peningkatan tahap kesedaran dan penggunaan data geospatial serta kepelbagaian produk tambah nilai
⑤
Pelaksanaan transformasi pendigitalan dan digital ekonomi dapat direalisasikan
⑥
Pengembangan industri data geospatial tempatan
⑦
Pengukuhan keupayaan kapasiti institusi menerusi program pembangunan sumber manusia bagi mengeluarkan pekerja yang berpengetahuan (K-Worker)

Fungsi MyGDI

Menjadi penasihat kepada kerajaan Malaysia dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar bagi urusan data geospatial

Bertindak sebagai badan penyelaras bagi pembangunan data geospatial dan standard maklumat geografi/ geomatik


Menjadi pusat rujukan teknikal bagi khidmat nasihat dan pakar runding berkaitan pembangunan dan penggunaan data geospatial

Membangun dan menyelaras aktiviti MyGDI Clearinghouse



Merancang dan melaksana program pembangunan sumber manusia dalam bidang Sistem Maklumat Geografi (GIS)


Menjalankan pelbagai aktiviti untuk mempromosi MyGDI ke seluruh negara dan menggalakkan penggunaannya


Menjadi pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi GIS



Mewakili kepentingan agensi-agensi kerajaan dalam forum dan mesyuarat berkaitan data geospatial di peringkat antarabangsa