Skip to main content
tadbirurusmygdi2019 bm
 

Bagi menguruskan pembangunan dan pelaksanaan MyGDI, Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) telah ditubuhkan yang berperanan sebagai badan pembuat dasar dan keputusan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan, pembangunan serta program dan inisiatif MyGDI. Selain daripada jawatankuasa penyelaras, terdapat empat Jawatankuasa Teknikal iaitu Jawatankuasa Teknikal Framework MyGDI (JTFM), Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM),Jawatankuasa Teknikal Clearinghouse MyGDI (JTCM) dan Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI. Aktiviti MaCGDI khususnya di dorong oleh ketiga-tiga jawatankuasa teknikal tersebut. Sebagai pelengkap kepada jawatankuasa ini Jawatankuasa Penyelarasan MyGDI Negeri (JPMN) dan Jawatankuasa Teknikal MyGDI Negeri (JTMN) juga turut ditubuhkan.

 

JAWATANKUASA PENYELARAS MyGDI KEBANGSAAN (JPMK)

JPMK bertanggungjawab kepada Kerajaan Malaysia dalam:

  • Menetapkan dasar dan garis panduan bagi pembangunan dan pelaksanaan MyGDI;
  • Menubuhkan jawatankuasa kerja yang diperlukan dari semasa ke semasa;
  • Menyelaras dan memantau pembangunan dan pelaksanaan MyGDI melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan melalui JPMK;dan
  • Memastikan keperluan sumber kewangan, tenaga manusia serta teknologi disediakan bagi aktiviti MyGDI.
mncc

 

 

JAWATANKUASA TEKNIKAL FRAMEWORK MyGDI (JTFM)

JTFM bertanggungjawab kepada JPMK dalam:

  • Menggubal polisi dan garis panduan bagi memastikan keberkesanan perkongsian data geospatial melalui MyGDI;
  • Menyelaras pembangunan dan penggunaan data framework MyGDI;
  • Memantau pelaksanaan polisi dan garis panduan; dan
  • Mewujudkan kesedaran dan komitmen dikalangan agensi dalam pembangunan data framework.

Fungsi JTFM:

  • Membantu di dalam penggubalan dan pembangunan Framework Data MyGDI;
  • Menyediakan polisi dan panduan didalam memastikan keberkesanan Framework Data MyGDI;
  • Menyelaras aktiviti-aktviti ahli-ahli framework; dan
  • Merancang modul-modul latihan GIS.

 

 

JAWATANKUASA TEKNIKAL STANDARD MyGDI (JTSM)

JTSM bertanggungjawab kepada JPMK dalam:

  • Membangunkan standard maklumat geografi / geomatik di MyGDI;
  • Menyelaras dan memantau penggunaan standard maklumat geografi / geomatik MyGDI untuk tujuan perkongsian data; dan
  • Bekerjasama dengan Jawatankuasa Teknikal SIRIM bagi Standard Maklumat Geografi / Geomatik serta jawatankuasa-jawatankuasa teknikal standard yang lain dalam membangunkan dan mengemaskini Standard Malaysia.

Fungsi JTSM:

  • Merangka standard metadata MyGDI berasaskan ISO/TC211;
  • Merangka standard pertukaran data geospatial berasaskan MS1759 dan ISO/TC211; dan
  • Menyelaras penggunaan standard metadata dan pertukaran data MyGDI.

 

 

JAWATANKUASA TEKNIKAL CLEARINGHOUSE MyGDI (JTCM)

JTCM bertanggungjawab kepada JPMK dalam:

  • Menggubal polisi dan garispanduan berkaitan operasi Clearinghouse MyGDI;
  • Menentukan keperluan sumber bagi pembangunan dan operasi Clearinghouse MyGDI;
  • Memastikan penerbitan metadata dan data geospatial lengkap dan terkini; dan
  • Menyelaras dan memantau aktiviti penggunaan dan operasi Clearinghouse MyGDI.

Fungsi JTCM:

  • Membangunkan Clearinghouse MyGDI;
  • Menentukan kaedah penerbitan data;
  • Menggariskan prosedur penerbitan data; dan
  • Menggalakan pembekal data menggunakan Clearinghouse MyGDI.

 

 

JAWATANKUASA TEKNIKAL MARIN MyGDI (JTMM)

JTMM bertanggungjawab kepada JPMK dalam :

  • Perkongsian maklumat geospatial marin di kalangan agensi pembekal dan pengguna;
  • Memperluaskan skop maklumat geospatial marin yang lebih komprehensif, di mana ianya dilihat penting memandangkan kepesatan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara di kawasan maritim yang memerlukan data geospatial berkejituan tinggi, tepat, kemaskini dan mudah dicapai;dan
  • Mengelakkan pembaziran dari pertindihan aktiviti dalam pengumpulan, pemprosesan dan penyaluran maklumat geospatial marin yang diperlukan bagi tujuan perancangan, pengawasan dan penguatkuasaan terhadap sumber negara di kalangan jabatan kerajaan dan agensi berkaitan

 

 

JAWATANKUASA PENYELARAS MyGDI NEGERI (JPMN)

JPMN bertanggungjawab kepada JPMK dalam:

  • Menerima pakai polisi dan standard yang ditetapkan oleh JPMK;
  • Memastikan Clearinghouse MyGDI digunapakai oleh semua agensi di bawahnya;
  • Menyelaras perancangan penyediaan dan geospatial bagi tujuan perkongsian melalui MyGDI di peringkat negeri bagi mengelakkan pertindihan usaha pengutipan data;
  • Menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Negeri (JTMN) dan memantau pelaksanaan MyGDI di peringkat negeri; dan
  • Memastikan keperluan sumber kewangan, tenaga manusia serta teknologi disediakan bagi aktiviti MyGDI.

 

 

JAWATANKUASA TEKNIKAL MyGDI NEGERI (JTMN)

JTMN bertanggungjawab kepada JPMN dalam:

  • Menerimapakai polisi dan standard yang ditetapkan oleh JPMN;
  • Memastikan Clearinghouse MyGDI digunapakai oleh semua agensi di bawahnya;
  • Menyelaras perancangan penyediaan dan geospatial bagi tujuan perkongsian melalui MyGDI di peringkat negeri bagi mengelakkan pertindihan usaha pengutipan data; dan
  • Memastikan keperluan sumber kewangan, tenaga manusia serta teknologi disediakan bagi aktiviti MyGDI.