Polisi
Polisi dan garis panduan merupakan komponen penting bagi tujuan pengurusan dan penyelarasan maklumat geospatial dalam pembangunan dan pelaksanaan program MyGDI. Dalam hal ini, beberapa surat pekeliling dan garis panduan berkaitan pelaksanaannya telah dikeluarkan melalui Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK). Ia meliputi perkara-perkara berkenaan penentuan harga dan penyebaran data geospatial, pembangunan dan pelaksanaan MyGDI, custodianship bagi data geospatial, pembangunan dan pelaksanaan Pusat Data Geospatial (GDC), perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial serta pemakaian standard maklumat geospatial.
Senarai Polisi dan Garis Panduan

Data asas (fitur fundamental) merupakan data geospatial terpenting yang mematuhi standard dan diperlukan oleh pelbagai pihak bagi menyokong perancangan dan pembangunan sesuatu organisasi. Buat masa ini, polisi perkongsian data asas Geospatial Data Centre (GDC) adalah percuma di kalangan agensi kerajaan (Government to Government – G2G) dan pelajar di Universiti Awam dengan syarat permohonan melalui Universiti dengan kelulusan Dekan. Namun bagi orang awam dan agensi swasta masih boleh mendapatkan data tersebut secara terus melalui permohonan kepada agensi pembekal data yang berkaitan.
Agensi Kerajaan yang dimaksudkan adalah agensi, jabatan dan badan berkanun yang terlibat secara langsung di dalam program MyGDI sama ada sebagai pembekal data (agensi tunjak atau custodian) atau pengguna.
Prosedur Permohonan Data Geospatial
NOTA:
- G2G: Perkongsian Agensi Kerajaan dengan Agensi Kerajaan
- G2B: Perkongsian Agensi Kerajaan dengan Agensi Swasta
- G2C: Perkongsian Agensi Kerajaan dengan Orang Awam
- G2E: Perkongsian Agensi Kerajaan dengan Universiti Awam
- APD: Agensi Pembekal Data yang merupakan pembekal atau pemilik data tersebut
PEMBANGUNAN STANDARD
Definisi Standard dari segi bahasa adalah sesuatu yang dijadikan rujukan atau piawaian. Tujuan penggunaan Standard dalam penyediaan maklumat geospatial adalah untuk memudahkan proses perkongsian maklumat geospatial supaya menjadi lebih efisien. Penggunaan standard yang sama akan dapat menggabungkan maklumat geospatial dari pelbagai sumber dan menghasilkan maklumat yang lebih komprehensif bagi kegunaan perancangan serta pembangunan negara, analisis bencana, keselamatan negara serta dapat membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Dalam menjalankan aktiviti Standard ini, PGN sentiasa bekerjasama dengan semua jawatankuasa standard yang diiktiraf di Malaysia. PGN mengguna pakaidokumentasi yang diterbitkan oleh ISO/TC211 yang merupakan jawatankuasa teknikal di peringkat antarabangsa sebagai rujukan dalam mewujudkan dokumen standard maklumat geospatial di negara ini.
Aktiviti-aktiviti standard dalam bidang maklumat geospatial yang dijalankan oleh PGN adalah tertumpu kepada perkara-perkara berikut:




