11-13 Ogos 2025 | Isnin-Rabu | Bilik Mesyuarat Perdana 2, Wing 2, Ground Floor, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Putrajaya
Pusat Geospatial Negara (PGN) telah melaksanakan Bengkel Kajian Keperluan (URS) bagi Sebut Harga NRES/SH6/2025-PGN Perolehan Perkhidmatan Pengemaskinian, Verifikasi dan Pembangunan Data Geospatial Wilayah Persekutuan Putrajaya Untuk Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Bengkel ini telah melibatkan pegawai PGN dan wakil daripada Perbadanan Putrajaya (PPJ).
Bengkel ini dianjurkan untuk mengenal pasti kaedah verifikasi dan proses pembangunan data geospatial serta keperluan lain bagi projek yang bakal dijalankan agar menepati kehendak pengguna serta selaras dengan objektif projek.