Skip to main content
Please wait...

Seksyen Penyelidikan Pembagunan, Cawangan Pembangunan Geodata dan Penyelidikan (CPGP) telah menganjurkan Bengkel Penggunaan Perisian Open Source GIS dengan kerjasama Bahagian Kejuruteraan, UPM pada 14-15 Julai di   Bilik COE, Aras 8, PGN, Wisma Sumber Asli, KeTSA.

 

Objektif Bengkel Penggunaan Perisian Open Source GIS adalah untuk:

 

1. Memberi pendedahan kepada perisian di dalam pembangunan projek berkaitan GIS.

2. Memberi pendedahan berkenaan pelbagai open source geospatial server yang wujud di samping memberi latihan instalasi dan konfigurasi secara hands-on.

3. Mempelajari tentang kaitan antara perisian open source bagi geospatial server, web application server, database management server dan desktop GIS yang yang boleh digunakan di dalam pembangunan projek aplikasi GIS.

 

Antara kandungan bengkel tersebut adalah pengenalan berkenaan Open Standards dan organisasi yang mempeloporinya serta penerangan berkenaan open source geospatial server yang popular seperti MapServer, MapGuide, GeoServer, GeoNetwork, Deegree dan QGIS Server. Perisian GeoServer digunakan sebagai server data geospatial untuk menerbitkan data dalam bentuk perkhidmatan web. Perisian Apache Tomcat pula digunakan sebagai web server yang mudah dipasang dan dikonfigurasi untuk tujuan paparan data geospatial ke dalam web.

 

Database Management Server yang digunakan adalah Postgresql bersama extension Postgis yang bertindak sebagai pangkalan data bersepadu untuk penyimpanan data geospatial. Desktop GIS application yang digunakan adalah QGIS Desktop QGIS untuk tujuan mengedit dan mengubah data geospatial. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh seramai 16 orang kakitangan PGN daripada setiap cawangan. Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dari Bahagian Kejuruteraan, UPM yang diketuai oleh Prof. Madya. Dr. Helmi Zulhaidi Mohd Shafri dan Dr. Mohammed Al-Habshi, GIS and Geomatics Engineering, PhD.