Skip to main content
Please wait...

Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara, MaCGDI telah mengadakan satu bengkel penyediaan dan penerbitan metadata yang telah diadakan pada 4 - 5 September 2018 di bawah urus setia Seksyen Pembangunan Standard dan Seksyen Pembangunan Aplikasi MyGDI.

Bengkel ini merupakan aktiviti tahunan bagi memberi pendedahan kepada agensi pembekal data mengenai kepentingan penyediaan metadata serta Hand On penyediaan dan penerbitan metadata. Sepanjang tempoh bengkel diadakan, para peserta telah diberi pendedahan mengenai penyediaan dan penerbitan metadata. Sebanyak 335 metadata telah berjaya diterbitkan sepanjang bengkel ini diadakan.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan khas kepada agensi/jabatan dalam menyediakan dan menerbitkan metadata.

Pegawai/Agensi Terlibat adalah :

  • JABATAN METEOROLOGI
  • JABATAN UKUR DAN PEMETAAN
  • PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL
  • JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS
  • JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DAERAH SEMENANJUNG MALAYSIA