Skip to main content

Kursus Administering in Microsoft SQL Server

Kursus Administering in Microsoft SQL Server

Tarikh : 29, 30 April dan 02 Mei 2024

Masa : 09:00 pagi – 5:00 petang

Tempat : Bilik Centre of Excellent, Aras 8 Pusat Geospatial Negara

Pegawai/ Agensi Terlibat : Melibatkan 11 orang pegawai dari Seksyen Aplikasi Web dan Multimedia, Seksyen Khidmat Teknikal dan Operasi, Pusat Geospatial Negara

Objektif/ Tujuan;

  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan aplikasi dan pengurusan data melalui penggunaan perisian yang diterima pakai secara meluas.
  • Menyediakan pemahaman berkenaan bidang tugas dalam pembangunan aplikasi dan pengurusan data.
  • Meningkatkan keyakinan dalam melaksanakan inovasi berkaitan geospatial seterusnya berupaya menyumbang kepada peningkatan tahap penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Kursus ini dilaksanakan selama tiga hari melibatkan pembelajaran bagi enam modul iaitu:
i.    Install and Configure SQL Server 2019;
ii.   Work with Databases and Storage;
iii.   Plan and Implement a Backup Strategy;
iv.   Restore SQL Server 2019 Databases;
v.    Monitoring; dan
vi.   Security and Maintenance.