Skip to main content
Please wait...

Kursus ArcGIS Dekstop dan MyGOS telah diadakan pada 15 hingga16 April 2018 di Kuliyyah of Allied Health Sciences (KAHS), IIUM Kuantan Campus. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan kemahiran tentang penggunaan Perisian ArcGIS Dekstop dan Aplikasi MyGOS. Kursus ini diadakan selama dua (2) hari melibatkan peserta yang terdiri daripada pegawai di pelbagai agensi kerajaan, pensyarah daripada pelbagai universiti dan juga pelajar-pelajar .Peserta-peserta kursus yang hadir diberi latihan penggunaan Perisian ArcGIS Dekstop.

 

Antara agensi yang terlibat:

• Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam

• Universiti Malaysia Pahang (UMP)

• International Islamic University Malaysia (IIUM)

• Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

• Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang

 

Antara modul – modul yang terlibat seperti:

• Overview ArcGIS and Component;

• Creating Geodatabase, Learning Layer & Attribute;

• Coordinate System & Transformation;

• Data Capture, Entry, Conversion, Migration & Integration

• Finding What’s Inside • Finding What’s Partially Inside

• Finding What’s Nearby • Web Based GIS (MyGOS)

• GIS Application