Skip to main content
Please wait...

Kursus Pemprosesan Data As-Built Drawing Format Autocad ke Format GIS Ready telah diadakan pada 17 - 19 Disember 2018 di Bilik Dahlia, Blok G, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM).

Kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan kemahiran tentang penggunaan perisian ArcGIS dan perisian Autocad serta Malaysia Geospatial Services (MyGOS).

Selain itu, kursus ini juga diadakan bagi membolehkan kakitangan LLM mendapat pengetahuan/kecekapan dalam pengendalian data dan memastikan pelaksanaan penyediaan data GIS dapat dilaksanakan secara berterusan.

Kursus ini diadakan selama 3 hari melibatkan peserta yang terdiri daripada kakitangan LLM seperti berikut:

  • Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) Wilayah Tengah, Kajang, Selangor
  • Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) Wilayah Timur, Kuantan, Pahang
  • Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) Wilayah Utara, Batu 7, Pulau Pinang
  • Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) Wilayah Selatan, Senai, Johor

Antara modul-modul yang terkandung dalam kursus adalah seperti berikut:

  • Introduction to GIS, ArcGIS Desktop & Autocad
  • Creating Geodatabase, Domain & Subtype
  • Projection, Datum & Coordinate Transformation
  • Data Conversion, Entry & Migration
  • Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS)