16 - 18 Julai 2025 | Rabu - Khamis | Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) Jabatan Kerja Raya, Alor Gajah, Melaka
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Maklumat Geoinformatik (Asas) kepada pegawai JKR yang turut dijayakan oleh pegawai Pusat Geospatial Negara (PGN) selaku tenaga pengajar iaitu Encik Mohamad Fathudden bin Mohamad Basir, Encik All Imran bin Mohd Nor dan Gs. Mohamad Syukri bin Haron. Kursus yang berlangsung selama 3 hari telah diisi dengan subjek berkaitan Pengenalan kepada GIS, Desktop GIS, Aplikasi MyGeoTranslator, Sistem Koordinat di Malaysia, peta bercetak dan webmap serta pembangunan aplikasi GIS melalui Platform MyGOS.
Sempena kursus ini juga, PGN selaku peneraju dan penyelaras Program MyGDI turut telah mempromosikan perkhidmatan utama yang boleh membantu agensi seperti JKR untuk meningkatkan kualiti dalam melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur seperti jalan, bangunan serta kemudahan lain. Terima kasih kepada pihak JKR dan CREaTE atas komitmen dan kerjasama yang telah dijalinkan. Semoga semua peserta kursus telah mendapat manfaat dari sesi ilmiah ini.