Skip to main content

Laporan Ringkas Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) BIL.1 Tahun 2015

Mesyuarat ini telah diadakan di  Bilik Gerakan SUPS, Tingkat 9, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93578, Kuching, Sarawak pada 17 November 2015. Sebanyak 19 agensi telah terlibat di dalam mesyuarat ini  bagi membincangkan pelbagai isu dan kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard sepanjang tahun 2015. Selain itu turut dibincangkan adalah kertas makluman Pemakaian Malaysian Standard for Geographic Information/Geomatics - Feature and Attribute Codes (MS 1759), Penyelarasan Standard Pemakaian Kod Simbol dan Warna Simbol Kategori Transportation dan Utility dan juga Perancangan bagi Tahun 2016. Berikut adalah agensi yang telah terlibat di dalam mesyuarat ini.

 

  1. 1. Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI)
  2. 2. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
  3. 3. Jabatan Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan  Labuan
  4. 4. Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS)
  5. 5. Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS)
  6. 6. Jabatan Pengairan dan Saliran Semenanjung Malaysia (JPS)
  7. 7. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)
  8. 8. Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG)
  9. 9. Jabatan Pertanian Malaysia (DOA)                        
  10. 10. Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)                                       
  11. 11. Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM)
  12. 12. Jabatan Kerajaan Tempatan
  13. 13. Kementerian Kerja Raya (KKR)
  14. 14. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
  15. 15. National Oceanography Directorate (NOD)
  16. 16. Jabatan Pertanian Sarawak
  17. 17. Jabatan Pertanian Sabah
  18. 18. Jabatan Perhutanan Sarawak
  19. 19. Jabatan Perhutanan Sabah

 

Aktiviti Mesyuarat JTSM 2015

  • 1. Perutusan Pengerusi
  • 2. Pengesahan Minit Mesyuarat  JTSM Bil 1/2014
  • 3. Perkara-perkara Berbangkit
  • 4. Pembentangan
    • a. Laporan Kemajuan JTSM Tahun 2015
    • b. Makluman Pemakaian Malaysian Standard for Geographic Information/Geomatics - Feature and Attribute Codes (MS 1759)
    • c. Penyelarasan Standard Pemakaian Kod Simbol dan Warna Simbol Kategori Transportation dan Utility
    • d. Perancangan Tahun 2016