Pusat Geospatial Negara (PGN) telah menerima satu lawatan industri daripada Kelab Geoinformatik UTM bagi program Geoconnect’25 pada 9 Disember 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 10, Blok F11, Kompleks F. Lawatan Industri ini disertai oleh 59 pelajar Ijazah Sarjana Muda Geoinformatik dan diiringi oleh tiga orang Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tujuan utama lawatan diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknologi aplikasi geospatial serta operasi sebenar berkaitan bidang geoinformatik dalam sektor awam.
Semasa sesi lawatan industri ini berlangsung, pihak PGN telah memberikan taklimat berkenaan Pengenalan PGN yang disampaikan oleh Sr Dr. Noor Anim Zanariah binti Yahaya serta taklimat Pelepasan Data kepada Akademia yang disampaikan oleh Datin Roszaharah binti Abdul Karim. Selain itu, bagi menguji kefahaman para pelajar berkenaan taklimat yang telah diberikan, pelajar-pelajar diuji dengan kuiz Kahoot dan hasil daripada kuiz yang diberikan, dapat dilihat pelajar-pelajar memahami peranan dan fungsi PGN dalam membangunkan geospatial dalam sektor awam. Lawatan industri ini berakhir dengan sesi pertukaran cenderamata antara Pengarah dan ketua delegasi iaitu Ts. Gs Dr. Mohammad Zakri bin Tarmidi.
Lawatan Industri Kelab Geoinformatik UTM bagi Program Geoconnect’25
Bilik Mesyuarat Utama, Aras 10, Blok F11, Kompleks F, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1, 62000 Putrajaya