Skip to main content
Please wait...

Pada 26 Ogos 2019, MaCGDI telah menyantuni delegasi lawatan kerja daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Delegasi AADK diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Khairil Anuar bin Karim, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, AADK.

 

Lawatan kerja ini merupakan salah satu sesi perkongsian berkaitan maklumat geospatial, khidmat nasihat serta perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh MaCGDI bagi melancarkan lagi pelaksanaan tugas AADK. Puan Hajah Abrizah binti Abdul Aziz selaku Pengarah MaCGDI telah mempengerusikan lawatan kerja ini.

 

Antara agenda lawatan kerja ini ialah para pegawai AADK diberi penerangan yang lebih terperinci mengenai peranan MaCGDI sebagai agensi penyelaras perkongsian maklumat geospatial di Malaysia di bawah Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI). Selain itu, MaCGDI turut membentangkan data-data geospatial yang tersedia dalam Program MyGDI serta hasil kejayaan kerjasama bersama agensi lain melalui aplikasi Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS). MaCGDI mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada delegasi AADK kerana telah mengunjungi MaCGDI dan berharap usaha kolaboratif bersama pihak MaCGDI berjaya bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan.