Skip to main content
Please wait...

Pada 3 Oktober 2019, usaha kolaboratif geospatial MaCGDI bersama agensi lain diteruskan bersama Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). MARDI yang diketuai oleh YBrs. Puan Aida Al-Quswa binti Mohamad Ali selaku Timbalan Pengarah, Program Pengurusan Data dan Maklumat, Pusat Pengurusan ICT telah mengadakan lawatan kerja ini bertujuan membincangkan potensi MARDI berkolaboratif bersama MaCGDI dalam perkongsian maklumat geospatial.

 

Puan Hajah Abrizah binti Abdul Aziz, Pengarah MaCGDI telah mempengerusikan sesi lawatan kerja ini. MARDI sebagai sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian serta industri asas tani. Selain itu, MARDI turut menyediakan khidmat teknikal dan pembangunan usahawan dalam bidang makanan, pertanian serta khidmat lain dalam industri berkenaan. Justeru, MARDI telah mengurus dan membangunkan pelbagai maklumat berkaitan dalam bentuk geospatial bagi melancarkan lagi fungsi dan operasi mereka. Di sesi lawatan kerja ini, MaCGDI turut menawarkan perkhidmatan utama kepada MARDI seperti aplikasi MyGOS dan MyGeoTranslator.

 

MaCGDI menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada delegasi MARDI kerana telah mengunjungi MaCGDI dan berharap usaha ini berjaya bagi sama-sama meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kerajaan.