Skip to main content
Please wait...

PGN telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang diketuai oleh Puan Jamaliah Jaafar, Pengarah Bahagian Integrasi dan Pengurusan Data.

 

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan akan menubuhkan Pusat Analitik Data Raya Negara (NBDAC) bagi memastikan setiap perancangan dan pembuat keputusan berlandaskan analisis data selaras dengan inisiatif Kerajaan Digital.

 

DOSM adalah jabatan yang dipertanggungjawabkan mengurus NBDAC dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta disokong oleh Kementerian dan Agensi lain.

 

Turut hadir di lawatan kerja ini adalah wakil Pasukan Analitik Data Raya (BDA) Kementerian di bawah Bahagian Pengurusan Maklumat, KeTSA.