Skip to main content
Please wait...

Lawatan Kerja Ke Bahagian Kartografi Dan GIS (BKGIS), JUPEM pada 25 Jun 2019 (Selasa) bertujuan untuk ;

  • >> Mendapatkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam penyediaan video aplikasi e-map dari pegawai BKGIS, JUPEM.
  • >> Sebagai pendedahan awal kepada pasukan projek MaCGDI sebelum menjalankan rakaman prototaip video visual bagi keperluan projek peluasan aplikasi MyGeoName

Kehadiran pegawai-pegawai dari MaCGDI telah disambut oleh BKGIS, JUPEM yang diwakili oleh En. Nik Mohd Ramli bin Nik Yusoff.

Pembentangan dan perkongsian daripada BKGIS, JUPEM meliputi beberapa perkara:

  • >> Pengenalan mengenai Aplikasi E-Map
  • >> Asas Fotografi – Kaedah dan teknik pengendalian video kamera
  • >> Perkongsian penghasilan Quick Time Virtual Reality (QTVR)

Selain itu, pegawai MaCGDI juga didedahkan dengan amali:

  • >> Kerja luar teknik dan kaedah pengendalian kamera DSLR
  • >> Kaedah pemprosesan QTVR dan E-Map

MaCGDI secara keseluruhannya berpuashati dengan penerangan dan perkongsian yang telah diberikan oleh BKGIS, JUPEM dan diharapkan agar kerjasama ini akan diteruskan di masa akan datang.