Skip to main content
Please wait...

Pada 20 April 2021, bersesuaian dengan normal baharu dan bagi mengekang penularan COVID-19, PGN telah menerima lawatan kerja secara maya atau dalam talian daripada pihak Jabatan Pertanian Negeri Perak yang diketuai oleh YBrs. Encik Shahril Bin Sabri, Timbalan Pengarah Pertanian jabatan tersebut.

 

Jabatan Pertanian Negeri Perak berhasrat untuk mengenali PGN dengan lebih dekat selaku penyelaras MyGDI Negara dan melihat potensi kerjasama geospatial bagi tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan pertanian negeri.

 

Sempena lawatan secara maya ini juga, pasukan PGN yang diketuai oleh YBrs. Sr Noor Helmy Bin Noordin, Timbalan Pengarah, Cawangan Pembangunan Polisi, Standard dan Outreach telah membentangkan taklimat pengenalan kepada PGN, aplikasi MyGOS serta aplikasi MyGeoTranslator. PGN mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Pertanian Negeri Perak dan semoga hasrat lawatan kerja ini tercapai.