Skip to main content
Please wait...

PGN telah membuat kunjungan lawatan teknikal ke PLANMalaysia yang diketuai oleh Puan Suzaini binti Jaafar, Timbalan Pengarah Cawangan Perkhidmatan Geospatial (CPG) dan dihadiri oleh 11 orang delegasi dari PGN

 

Tujuan lawatan teknikal ini adalah untuk melihat sistem i-Plan dan pengurusan data GIS yang dibangunkan oleh PLANMalaysia. Pembangunan system i-Plan menggunakan sepenuhnya teknologi open source seperti Geonode, Postgis dan Quantum GIS.

 

Sesi taklimat ini dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN), TPr Fadzli bin Zubi. Lawatan ini telah memberikan banyak manfaat kepada PGN dalam pendedahan kepada teknologi sumber terbuka dan pengurusan maklumat gunatanah negara