Skip to main content
Please wait...

Tarikh : 05 Mac 2024

Masa : 2.30 – 5.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Menara PETRA, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Putrajaya

Bilangan delegasi : 7 orang

Pihak Pusat Geospatial Negara telah menerima kunjungan lawatan daripada Pejabat SUK Negeri Pahang yang diketuai oleh YH Dato' Ali Syahbana Bin Sabaruddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan). Kedatangan beliau juga diiringi bersama 6 orang lagi pegawai yang terlibat dengan Unit GIS Negeri Pahang.
Kunjungan lawatan ini telah dipengerusikan oleh Sr Mohamad Ridzuan bin Hj Awang Noh selaku Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Polisi, Standard dan Outreach, PGN. Sempena lawatan ini, delegasi Pejabat SUK Negeri Pahang telah diberikan penerangan lanjut mengenai peranan PGN mengurus pembangunan serta pelaksanaan infrastruktur data geospatial negara.  Selain itu, kedua-dua pihak bersama-sama berbincang berkaitan potensi kerjasama yang boleh dijalinkan.
PGN amat berbesar hati menerima kunjungan hormat ini dengan harapan dapat menjayakan pembangunan GIS di Negeri Pahang serta di negeri-negeri lain di Malaysia.