Skip to main content
Please wait...

Pada 25 Januari 2022, PGN telah menerima kunjungan lawatan secara maya daripada lebih 100 orang pelajar jurusan Geoinformatik, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

 

Para pelajar ini telah diiringi oleh YBrs. Sr Gs. Dr. Nurul Hawani binti Idris, Pensyarah Kanan, Jabatan Geoinformasi, FABU, UTM bersama beberapa pensyarah lain.

 

Pertemuan secara maya ini adalah sebagai pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan PGN dalam mengkoordinasi dan memartabatkan perkongsian maklumat geospatial di Malaysia.

 

Selain pembentangan berkaitan aktiviti dan perkhidmatan PGN, para pelajar turut melibatkan diri secara aktif dengan menyertai kuiz dalam talian yang telah dianjurkan oleh PGN.

 

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada barisan Pensyarah dan para pelajar yang terlibat.