Skip to main content

Lawatan Teknikal ke Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2 (P2RSTP), Pantai Dalam

23 Julai 2025 | Rabu | Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2 (P2RSTP), Pantai Dalam

Pusat Geospatial Negara (PGN) telah menganjurkan lawatan teknikal ke Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2 (P2RSTP), Pantai Dalam yang dikawal selia oleh pihak Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK). Delegasi lawatan ini turut dihadiri oleh custodian data kategori Utility seperti Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU, JUPEM), Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP, JUPEM), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), Suruhanjaya Tenaga (ST), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

Lawatan ini telah dimulakan dengan taklimat ringkas berkenaan penggunaan aplikasi teknologi geospatial dalam pengurusan pembetungan di IWK oleh Jabatan Perancangan dan Kejuruteraan dan seterusnya penerangan oleh Unit Operasi Kuala Lumpur berkenaan fasiliti dan pengoperasian RSTP Pantai 2 yang menerapkan penggunaan teknologi hijau. Delegasi juga telah dibawa ke bilik SCADA bagi melihat bilik operasi yang digunakan untuk pemantauan aset dan proses di RSTP Pantai 2. Delegasi turut didedahkan dengan
lebih dekat produk yang terhasil dari proses air kumbahan mentah dan lawatan ditutup dengan tinjauan tapak di sekitar RSTP Pantai 2.