Skip to main content

MaCGDI Terima Anugerah Global Iktiraf Aplikasi MyGOS

Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) memenangi satu anugerah berprestij, Pencapaian Khas dalam Sistem Maklumat Geografi (SAG) untuk aplikasi MyGOS.

 

Anugerah global itu disampaikan hari ini selepas ia diumumkan oleh Pengasas dan Presiden syarikat pemetaan global, Esri iaitu Jack Dangermond di California Jun lepas.

 

Anugerah itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Esri Asia Selatan, Leslie Wong kepada Pengarah MaCGDI Norizam Che Noh semasa Persidangan Pengguna Esri Malaysia hari ini kerana MaCGDI tidak dapat menerima anugerah itu di California