Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Geospatial Bagi Kategori Transportation bil. 1/2019 telah diadakan pada 21 Ogos 2019 di di Bilik Mesyuarat Permata Aras 7, Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ir. Gs. Badariah binti Mohd Saufi daripada Jabatan Kerja Raya (Bahagian Pewartaan dan Kejuruteraan Geoinformatik) selaku agensi tunjak bagi kategori Transportation.

 

Objektif mesyuarat ini ialah bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan.

 

Mesyuarat telah dihadiri oleh beberapa wakil daripada pelbagai agensi dan custodian dibawah kategori Transportation. Antara agensi yang terlibat adalah:

 

    • Jabatan Kerja Raya (JKR) – Agensi tunjak
    • Kementerian Kerja Raya (KKR)
    • Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
    • Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
    • Perbadanan Aset Kereta Api (RAC)
    • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
    • Majlis Keselamatan Negara (MKN)
    • Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), JUPEM
    • Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN), JUPEM
    • Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) – Urus setia