Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial bagi Kategori Aeronautical Bil. 1/2019 telah diadakan pada 18 September 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Permata Aras 7, Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Nordian bin Ibrahim daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) selaku Agensi Tunjak bagi kategori Aeronautical.

 

Objektif mesyuarat ini adalah untuk menyelaras, mengemaskini dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial dalam kalangan agensi-agensi yang terlibat di bawah program MyGDI. Mesyuarat telah dihadiri oleh beberapa wakil daripada pelbagai agensi di bawah kategori Aeronautical. Antara agensi yang terlibat adalah:

 

    • Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) – Agensi Tunjak)
    • Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) 
    • Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd. (SATSSB)
    • Tanjung Manis Development Sdn. Bhd. (PUSKA)
    • Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM))
    • Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), JUPEM
    • Majlis Keselamatan Negara (MKN)
    • Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
    • Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) – Urus Setia