Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Geology Bil.1/2016 telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Zulkiflee bin Che Soh, daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) selaku agensi tunjak data geospatial bagi Kategori Geology. Tujuan utama mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk menyelaras, mengemaskini dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial dalam kalangan agensi-agensi kerajaan.

 

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil setiap agensi iaitu daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Kerja Raya (JKR), Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Bahagian Geospatial Pertahanan JUPEM (BGSP) dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), JMG.

 

Mesyuarat telah dimulakan dengan pembentangan oleh MaCGDI mengenai prosedur permohonan data melalui MaCGDI, pembentangan web aplikasi MyGDI Data Services / MyGOS dan pembentangan ketersediaan data-data asas Geospatial Data Centre (GDC) bagi kategori Geology.

 

Seterusnya mesyuarat juga telah membincangkan perkara-perkara berbangkit dan pembentangan status data geospatial di setiap agensi.

 

Selain itu, ahli-ahli mesyuarat turut membincangkan mengenai hala tuju dan perancangan aktiviti penyelarasan data geospatial kategori Geology untuk tahun 2017.