Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial bagi Kategori Geology Bil. 1/2019 telah diadakan pada 8 Oktober 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Permata Aras 7, Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).

 

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mahisham bin Ibrahim daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) selaku Agensi Tunjak bagi kategori Geology. Objektif mesyuarat ini adalah untuk menyelaras, mengemaskini dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial dalam kalangan agensi-agensi yang terlibat di bawah program MyGDI.

 

Mesyuarat telah dihadiri oleh beberapa wakil daripada pelbagai agensi di bawah kategori Geology. Antara agensi yang terlibat adalah:

  • Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) – Agensi Tunjak)
  • Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
  • Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
  • Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), JUPEM
  • Majlis Keselamatan Negara (MKN)
  • Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) – Urus Setia