Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Hydrography  Bil. 1/2016 telah dipengerusikan oleh Lt. Kdr Kamarudin bin Yusuff  (TLDM) daripada Pusat Hidrografi Nasional (PHN) selaku agensi tunjak bagi kategori Hydrography. Objektif mesyuarat ini ialah bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan.

 

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 25 wakil daripada pelbagai  agensi custodian kategori Hydrography termasuk pegawai daripada MaCGDI. Antara agensi custodian yang terlibat ialah Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Laut Malaysia (JLM), JLM Wilayah Sarawak, JUPEM (BGSP dan Bhg. Pangkalan Data Geospatial Negara), Jabatan Kerajaan Tempatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Direktorat Oceonografi  Negara ( NOD).

 

Mesyuarat telah dimulakan dengan pembentangan oleh MaCGDI mengenai status data-data kategori Hydrography di GDC melalui MyGDI Data Service dan MyGOS. Selain itu juga, wakil MaCGDI telah membentangkan cara pemohonan data kepada MaCGDI.

 

Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dan pembentangan status data-data setiap agensi.