Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Hydrography  Bil. 1/2017 telah dipengerusikan oleh Kdr Kamarudin bin Yusuff  (TLDM) daripada Pusat Hidrografi Nasional (PHN) selaku agensi tunjak bagi kategori Hydrography. Objektif mesyuarat ini ialah bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan.

 

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 25 wakil daripada pelbagai  agensi custodian kategori Hydrography termasuk pegawai daripada MaCGDI. Antara agensi custodian yang terlibat ialah Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Laut Malaysia (JLM), JUPEM (BGSP dan Bhg. Pangkalan Data Geospatial Negara), Jabatan Kerajaan Tempatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Bahagian Pengairan dan Saliran, MoA.

 

Mesyuarat telah dimulakan dengan pembentangan oleh MaCGDI mengenai status data-data kategori Hydrography di GDC melalui MyGDI Data Service. Selain itu juga, wakil MaCGDI telah membentangkan Status Ketersediaan Metadata bagi Kategori Hydrography

 

Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dan perancangan aktiviti peneyelarasan data geospatial kategori Hydrography.