Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Soil & Vegetation  Bil. 1/2017 telah dipengerusikan oleh En. Ngaijan bin Agale  daripada Jabatan Pertanian Malaysia selaku agensi tunjak bagi kategori Soil & Vegetation. Objektif mesyuarat ini ialah bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan.

 

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 30 orang wakil daripada pelbagai  agensi custodian kategori Soil & Vegetation termasuk pegawai daripada MaCGDI.

 

Mesyuarat telah dimulakan dengan pembentangan daripada pihak MaCGDI:

i.         Garis Panduan Custodianship Bagi Data Geospatial

ii.        Pengenalan kepada Fitur Fundamental : Definisi dan Rasional Penentuan  Fitur Fundamental

iii.      Status Ketersedian Metadata bagi kategori Soil & Vegetation

iv.      Status Ketersediaan Data Asas GDC bagi kategori Soil & Vegetation melalui platform MyGDI Data Services.

 

Wakil APD pula membentangkan ketersediaan Data dan Aplikasi GIS di jabatan masing-masing. Wakil Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) turut memberi taklimat berkenaan Dokumen Geospatial Terperingkat bagi data kategori Soil & Vegetation.

Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan dikalangan ahli mesyuarat berkenaan pengemaskinian Senarai Custodian dan Data Asas GDC bagi kategori Soil & Vegetation.