30 September 2025 | Selasa | Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Pusat Geospatial Negara, Putrajaya
Pusat Geospatial Negara (PGN) selaku urus setia mesyuarat dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) selaku pengerusi bagi agensi tunjak dan custodian data geospatial bagi kategori Utility telah mengadakan mesyuarat ini bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi- agensi kerajaan khususnya bagi data kategori Utility. Mesyuarat juga telah dibentangkan mengenai status ketersediaan data dan statistik pelepasan data bagi kategori Utility untuk tahun 2025.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh custodian data Utility seperti Bahagian Pemetaan Utiliti JUPEM, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Suruhanjaya Tenaga (ST). Turut hadir bersama adalah agensi sokongan seperti Bahagian Geospatial Pertahanan JUPEM, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).