Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Utility telah dipengerusikan oleh Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Utiliti) daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) selaku agensi tunjak bagi kategori Utility. Objektif mesyuarat ini adalah bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan khususnya bagi data kategori Utility.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 40 orang wakil daripada pelbagai  agensi custodian data kategori Utility termasuk pegawai daripada PGN secara atas talian. Antara agensi yang terlibat ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Bahagian Pemetaan Utiliti JUPEM, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK). Turut hadir bersama adalah agensi sokongan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Bahagian Geospatial Pertahanan JUPEM dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

Antara agenda mesyuarat ialah pembentangan oleh PGN mengenai status Ketersediaan Data Fundamental bagi kategori Utility, Pengenalan kepada Aplikasi MyGeo Data Services dan Aplikasi MyGeoTranslator serta Laporan Perkongsian Data Bagi Kategori Utility. Mesyuarat juga membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan pembangunan dan perkongsian data geospatial bagi kategori Utility.