Mesyuarat Focus Group Penyelarasan Data Geospatial Bagi Fitur Local Authority Area, Parliamentary / State Electoral Area Dan Census Enumeration Block Di Bawah Kategori Demarcation Bil.1/2016 telah dipengerusikan oleh Sr Chan Keat Lim, Pengarah Ukur Seksyen Perundangan Kadaster, JUPEM iaitu selaku Pengerusi Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Kategori Demarcation.
Puan Pengarah MaCGDI juga turut hadir bersama dalam mesyuarat yang dijalankan ini serta wakil daripada Cawangan Pembangunan Geodata dan Cawangan Polisi dan Pembangunan Standard MaCGDI.
Beberapa slot pembentangan telah diadakan semasa mesyuarat iaitu Pembentangan Status Ketersediaan Data dan Isu-Isu Berbangkit oleh MaCGDI, Pembentangan Status Pengumpulan Data Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan oleh JKT, Pembentangan Status Data Kawasan Pilihanraya oleh SPR dan Pembentangan Status data Blok Perhitungan Banci oleh DoS.
Hasil daripada mesyuarat telah membantu agensi-agensi seperti JUPEM, JPBD, JKT, SPR dan DoS dalam membuat penyelarasan berhubung dengan pengemaskinian dan penambahbaikan maklumat kawasan-kawasan pentadbiran di agensi masing-masing.
Mesyuarat telah memutuskan untuk fokus mesyuarat yang seterusnya adalah penyelarasan data geospatial bagi fitur Sempadan Negara, Negeri, Daerah dan Mukim.