Skip to main content
Please wait...

Lokasi: Bilik Mesyuarat Jed, JUPEM & Aplikasi Zoom

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sr Sohaime bin Hj. Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, JUPEM selaku pengerusi JTFM pada tahun ini. Mesyuarat JTFM merupakan mesyuarat tahunan yang bertujuan membincangkan isu mengenai dasar pembangunan dan perkongsian data melalui Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) di peringkat persekutuan dan negeri. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 70 orang wakil daripada pelbagai agensi persekutuan dan negeri termasuk pegawai daripada PGN secara atas talian.

Antara agenda mesyuarat ialah pembentangan oleh Laporan Kemajuan Tahun 2021 dan Perancangan Aktiviti Framework MyGDI bagi Tahun 2022 oleh PGN dan Pembentangan Aktiviti 12 Kategori Data Fundamental oleh agensi tunjak masing-masing. Mesyuarat juga turut membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan penyelarasan, pembangunan serta penggunaan data framework di Malaysia.