Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) Bil. 1/2016 telah diadakan pada 4 Oktober 2016 di Bilik Mesyuarat Mutiara , Aras 13, Wisma Sumber Asli, NRE. Objektif mesyuarat ini diadakan adalah untuk meneliti dan memperakukan laporan kemajuan aktiviti standard MyGDI sepanjang tahun 2015 serta perancangan JTSM tahun 2016.

 

Mesyuarat telah membincangkan dan sedia maklum mengenai kemajuan aktiviti-aktiviti pembangunan standard dalam bidang maklumat geospatial yang dilaksanakan melalui Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) dan mengambil maklum serta melaksanakan perkara yang berbangkit pada mesyuarat lepas. ​Ia melibatkan pegawai daripada Jabatan seperti MaCGDI, DOA, JUPEM, JPSM, JMG, JKR, JPBDSM, DOS, KKR, PHN, NOD, PPJ, ARSM, JTSS, JTU, JKPTG dan Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak.